Monday, July 09, 2012

Fuhh.... Tak penatnya

Pinkie baru balik dari sekolah sebab tadi kat skolah ada senamrobik dan sukantara. Sebenarnya takdelah baru sangat sampai rumah, Pinkie sempat makan karipap dulu sebelum tulis entri ni... hehehe. Minggu ni kat skolah Pinkie ada Hari Minggu Sukan.

Tapi, Pinkie tak masuk apa-apa acara pun untuk sukan tu... Tapi takpe, sebab kat rumah merah tu ramai lagi [ramai kot] orang yang berminat nak masuk sukan tu...

Tadi, Pinkie cuma buat senamrobik je kat skolah... Itupun buat sikit-sikit je. Pastu waktu sukantara adalah Pinkie tengok sikit-sikit. Lepas tengok sikit-sikit Pinkie terus blah dengan kawan-kawan Pinkie. Kitorang gi lepak kat surau. Kat surau tu ramai orang tido. But Pinkie ngan kawan-kawan Pinkie baik, kitorang tak tido kat surau. Kitorang just main [tapi takdelah main lari-lari camtu] dan dengar lagu. Kitorang dengar lagu kat PSP dan Samsung Galaxy Ace [dua-dua kawan Pinkie punya]. Tapi, kitorang dengar lagu guna earphone. Jadi, tak kacau orang lain lah kan.

Macam ni lah rupa kawan Pinkie punya PSP


Sebenarnya kalau tak masuk apa-apa boleh balik awal. Tapi, Pinkie ngan kawan-kawan Pinkie balik pukul  10.00. Sepatutnya balik pukul 10.30. Alah, 30 minit je pun. Sebenarnya, kitorang nak balik pukul 9.30, tapi tak jadi sebab kitorang nak makan dulu. Habis makan je [makan sambil sembang] dah pukul 9.50. Lagi 10 minit tu, kitorang jalan-jalan. Dah pukul 10, baru kitorang keluar. Then, bila mak kitorang sampai, kitorang balik lah, apa lagi.

Tadi Pinkie sampai rumah je terus basuh tangan dan makan. Lepas habis makan baru bukak blog dan facebook. Hehehe...

2 comments:

  1. haha..mmg sekarang ni musim sukan kan pinkie?
    hee...facebook jga lah jadi tumpuan ye x? :D

    ReplyDelete
  2. sy lah org yg x kan join kalau ade sukan time sekolah dulu2... wahhh bagus2 rajin2.. =)

    (jalan2 sini.. selamat menyambut ramadhan yerk pinkie.. )

    ReplyDelete